14 Januari 2019 - 19:29
Kanada Beri Suaka Kepada Gadis Saudi

Kerajaan Kanada telah memberi suaka kepada seorang gadis Arab berusia 18 tahun yang khuatir dengan nyawanya jika dia dihantar pulang ke negara Arab tersebut dari Thailand.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) -Kerajaan Kanada telah memberi suaka kepada seorang gadis Arab berusia 18 tahun yang khuatir dengan nyawanya jika dia dihantar pulang ke negara Arab tersebut dari Thailand.

Gadis itu sebelum ini enggan keluar dari sebuah bilik hotel di Bangkok setelah melarikan diri daripada apa yang didakwanya sebagai penindasan oleh ahli keluarganya sendiri.

Alqunun telahpun menaiki pesawat menuju ke Seoul dari Bangkok dan dijangka akan terbang ke Kanada dari sana, polis imigresen Thailand memberitahu The Associated Press pada hari Jumaat.

Gadis itu khuatir akan dibunuh oleh ahli keluarganya sendiri. -PRESS TV